Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lemahnye Math!

Posted by sani Friday, July 23, 2010


Aduhai.. macam mane nih? name jerk subjek "Basic Mathematic" Tapi umak aih.. payoh bebenor.. lagu mane teman nak buek ni yo? Tadi teman email Dr. Lok Yian Yian pasal hal teman benok sangat subjek nih. sambil cube try adjust kot-kot Dr. nak buat kelas tambahan tuk teman dan kawan-kawan teman.. ni direplynye;

Salam sejahtera, Sani,

Untuk makluman, saya tidak mengendalikan kelas tambahan.
Kalau buku teks susah nak faham, Sani dan kawan-kawan boleh cari buku lain yang senang difahami, ada juga buku Kalkulus yang ditulis dalam Bahasa Melayu

.
Pelajar boleh baca buku/nota/ kandungan dari mana-mana buku, tetapi soalan latihan dari buku teks yang saya minta buat perlulah buat.
Sani boleh pos atau hantar terus jawapan latihan ke PPPJJ, saya akan semak dan kita boleh tentukan masa sesuai untuk berjumpa supaya saya boleh terangkan kesilapan yang dibuat. Pada pandangan saya, adalah lebih baik dan lebih efisien jika belajar dari kesilapan.

Kalau memang Sani rasa susah nak faham konsep matematik, saya rasa Sani boleh tumpu pada contoh-contoh soalan dalam buku teks. Fahamkan bagaimana example yang diberi tu boleh dapat jawapan. Gunakan cara yang sama untuk buat latihan.

Memang chapter Limits tu susah sikit kerana melibatkan konsep dan graf fungsi. Untuk chapter yang berikut kalau banyak buat latihan, tiada masalah untuk lulus kursus ini. Teruskan usaha.

~ Dr. Lok
Ni lah jawapan dari Dr. Lok. Herm... nampaknye teman kene la study sendiri subjek tuh.. try buat semua latihan.. pastu hanto ke Dr. Gammak tak leh gak terpakse la teman ngambil kelas tambahan ngan sape-sape.. aduhai... Lemahnye teman!

0 comments

Post a Comment


    ShoutMix chat widget